Menjelang aidil fitri
Aku kesunyian disini
Sedih pilu sekali
Entah mengapa sungguh hairan
Rasa tak kesampaian
Sesuatu telah hilang
Ku duduk pinggir sendiri
Menghitung hari
Memikir diri
Bukan kah sepatutnya hari ini
Gembira datang dihati
Kerana Syawal kan hampir mejelang
Semua menyambut riang!
Jadi mengapa aku masih sebak dihati?
Rasa kekosongan diri
Ada hajat tak sampai?
Atau tak puas di hati?
Wahai Ramadhan
Pergi engkau sekali lagi
Meninggal kan diri ini
Serupa seperti dulu
Entah mengapa
Rasa tak kesampaian
Sesuatu telah hilang
(end)
SELAMAT HARI RAYA
kepada semua pembaca budiman tak kira siapa, dimana jua berada.
Ampun maaf dipinta
Tersalah kata-kata
Pena ini dari hati
Kadang kala tenang
Kadangnya gusar
Kepada ibubapa ku
Ampun kan dosa
Minta halal makan dan minum
Terima kasih atas budimu
Kepada suamiku
Engkaulah sandaranku
Temanku dalam kehidupan
Ampunkan dosaku dan halalkan
Segalanya
Aku hanyalah isteri biasa
Kepada anak2 ku
Maafkan ibumu yang kekurangan
Kesilapan seorang ibu
Mohon tuhan lindungi kalian